Pilihan. Pilihan. Pilihan.
Ya Allah, apakah itu pilihan?
Adakah pilihan itu sesuatu yang Kau berikan untuk dinilai?
Adakah pilihan itu sesuatu yang Kau berikan untuk diterokai?
Adakah pilihan itu sesuatu yang Kau berikan untuk mengujiku?
Wahai hati, janganlah engkau gelisah,
Wahai jiwa, janganlah engkau kacau begini,
Wahai diri, janganlah kau berdiam sahaja,
Cari dan kejarlah petunjukNya itu,
Pasti ada yang terbaik untukmu.
Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui isi hati ini,
Ya Allah, jika pilihan itu yang terbaik untukku,
Aku redha.
Pasti ada hikmah untuk semuanya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman iaitu, "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman:12)

2 comments:
Post a Comment