Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." Surah Luqman:12

Wednesday, April 7, 2010

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullullah

"Nti, ana ada sesuatu nak bagi kat nti. Tapi ana tak balut lagi." kata Nti. "Sesuatu? Nti nak bagi sekarang ke? Malulah ana." balasku segera. Maluku bukan kerana apa, cuma adanya sahabat lain yang turut berada di situ.

**

"Nti, ana belikan nti buku ni.. Bolehlah ana baca juga nanti." Gembira sungguh nadanya semasa memberikan buku itu kepadaku.

**

"Mak Cu, cepatlah bagi tazkirah." pinta Ana. Alhamdulillah, Insya Allah setiap kali selepas solat magrib berjemaah, kami akan mengadakan slot tazkirah atau lebih kepada bedah buku. Buku apa? "Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullullah".



Memandangkan masih lagi berbaki 3 paper untuk dihabiskan sempena peperiksaan akhir semester ini, aku membacanya sekadar yang mampu agar dapatku kongsikan bersama sahabat-sahabat. Sehingga ke saat ni, permintaan untuk slot tazkirah ini amat memberangsangkan. Mungkin kerana tajuk kupasan yang menarik dan perkongsian dua hala yang berkesan menjadikan bedah buku ini dinanti-nantikan.

*Insya Allah, akanku kongsikan apa yang ada, dan akan ku cari apa yang masih tiada. Untuk sahabat-sahabat muslimat, kalau ada yang mahu turut serta untuk slot tazkirah selepas magrib, dijemput ke Irdina untuk sama-sama bedah buku. :)

3 comments:

^_^
 
rindu..huhu. nak dengar usrah lagi..Makcu, ble nak smbung cite lagi..(T_T)
 
ana, mak cu pun rindu ana. insya Allah ada rezeki kita jumpa k :)
 

Post a Comment