Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." Surah Luqman:12

Wednesday, February 24, 2010

Kisah Aafia Siddiqui - Prisoner No. 650


Gambar di atas ialah seorang wanita Pakistan yang mempunyai kelulusan PhD. di dalam bidang neurology daripada Universiti Harvard. Juga, seorang hafizah al-Quran. Sebagai pengenalan ringkas, beliau telah diculik bersama dengan 3 orang anak-anaknya oleh FBI Amerika daripada tempat tinggalnya di Karachi (dengan bantuan kerajaan Pakistan) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Sekarang beliau berada di penjara di Amerika, dan telah hilang ingatan berikutan seksaan fizikal, psikologi dan seksual yang berterusan ke atas dirinya (dia dipenjarakan bersama banduan-banduan lelaki).

Mengikut sumber lain pula, iaitu daripada laman web Wikipedia, sebelum misteri kehilangannya bermula, beliau bekerja di Universiti Aga Khan sebagai seorang neuroscientist. Pada 1 Mac 2003, Khalid Sheikh Muhammad, suspek ketua perancangan peristiwa 11 September telah ditahan di Rawalpindi, Pakistan. Dikatakan bermula daripada penahanan inilah, nama Aafia adalah salah seorang yang telah disebut oleh Khalid (Khalid dikatakan mungkin menyebut secara rambang, kerana tidak tahan diseksa), yang membawa kepada siri penahanan seterusnya, termasuklah Aafia sendiri. Pada hari yang sama, Aafia telah menghantar emel kepada salah seorang professor di Universiti Brandeis dan menyatakan minatnya untuk bekerja di Amerika, kerana kekurangan peluang kerja di Pakistan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa hari kemudian, Aafia didapati telah hilang setelah dilihat meninggalkan rumah ibubapanya bersama dengan 3 orang anaknya. Aafia telah mengambil teksi untuk menaiki penerbangan ke Islamabad, di mana dia merancang untuk melawat pakciknya. Berbagai andaian telah timbul bagaimana misteri kehilangan Aafia bermula daripada perisitwa ini, dan apa yang terjadi padanya sejak itu (2003) sehinggalah 2008. FBI Amerika dan kerajaan Pakistan pula berterusan menafikan mengetahui mengenai kehilangannya ini.

5 tahun selepas misteri kehilangannya ini berlaku, akhirnya FBI Amerika mengaku bahawa Aafia masih hidup dan berada di dalam tahanan pihak Amerika di sebuah penjara di Afghanistan. Menurut sumber kerajaan Amerika, Aafia dikatakan hanya ditahan pada Julai 2008 oleh tentera Amerika di Ghazni, Afghanistan atas tuduhan cuba menjadi pengebom berani mati dan dikatakan memiliki bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Aafia telah didakwa di Mahkamah Daerah New York, atas tuduhan menyerang, cubaan membunuh warga Amerika, dan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

Perbicaraan atas tuduhan pertama (menyerang dan cubaan membunuh) telah bermula pada Selasa, 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan. Walaupun bukti-bukti yang ada menunjukkan kelemahan pada tuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa (ketiadaan peluru, atau sisa-sisanya, dan tiada kesan tembakan di tempat kejadian), namun Aafia telah disabitkan dengan tuduhan tersebut pada 3 Februari 2010 dan perlu menunggu keputusan pada May 2010 untuk mengetahui nasibnya yang sedang berhadapan dengan hukuman 60 tahun penjara.

Begitulah antara kisah yang menimpa umat Islam kita pada hari ini. Apa yang termampu dilakukan oleh kita, perlu dilakukan, seperti berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengasihani, semoga Aafia dapat menikmati kembali erti kebebasan di dalam hidup. Amin…


Sumber: Nisa' Terengganu

http://nisaterengganu.blogspot.com/2010/02/kisah-aafia-siddiqui-prisoner-no-650.html#comment-form

Lain-lain link berkenaan dengan Dr. Aafia Siddiqui:

http://www.draafia.org/
http://en.wikipedia.org/wiki/Aafia_Siddiqui


2 comments:

salam nti...syukran atas post ni...jangan lupa perjuangan Zainab al-Ghazali..
 
Salam. Kisah perjuangan Zainab Al-Ghazali harus dihayati dan dihadam oleh semua muslimat. Mampukah kita menjadi seperti Zainab Al-Ghazali? Fikir2kan..
 

Post a Comment