Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." Surah Luqman:12
Tuhanku ampunkanlah
segala dosakuTuhanku maafkanlah
kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada
fitrah sebenarPagiku ingat petangku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku, kau pimpinlah diri ini
Yang
mendamba cintaMuAku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering juaku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMuKemudian ketawa semulaKau pengasih kau penyayang kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Tuhan diri ini tidak layak ke SyurgaMuTapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMuKu takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Posted by
isma
at
12:45 PM
0 comments:
Post a Comment