Bagai kerdipan lilin yang berkilau bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
Riadah pagi-pagi cuti sekolah
17 hours ago
2 comments:
"sampaikan daripadaku walau saepotong ayat"
this post reminds me to Mama..
Hmm.. Sudah lama tidakku terima belaian kasih seorang ibu..
Take a good care of your mum, k?
Kirim salam sama beliau nanti..
=)
*tell her that I miss her sayur kacang*
;)
Post a Comment