Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." Surah Luqman:12

Saturday, April 25, 2009

Last Breath



From those around I hear a cry
A muffled sob, a hopeless sigh
I hear their footsteps leaving slow
And then I know my soul must fly

A chilly wind begins to blow
Within my soul from head to toe
And then last breath escapes my lips
It's time to leave and I must go

So it is true but it's too late
They said each soul has its given date
When it must leave it's body's core
And meet with it's eternal fate

Allahurabbuna salimna

Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell
Decide which now do not delay

Come on my brother, let's pray decide
Which now do not delay

I cannot see, my eyes are blind
Am I still me ?
Or has my soul been led astray ?
And forced to pay a priceless fee

Alas to dust we all return
Some shall rejoice while others burned
If only I knew
I knew it before
The line grew short
And came my turn

And now as beneath the sod
They lay me with my record flawed
They cry not knowing I cry worse
For they go home I face my God

Allahurabbi

Saturday, April 11, 2009

Know Our Leaders



ONE MALAYSIA.PEOPLE FIRST.PERFORMANCE NOW

1. Prime Minister : Datuk Seri Najib Tun Razak
Finance Minister I
2. Deputy Prime Minister : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Education Minister

New Cabinet
1. PM’s Department Unity and Performance
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
(Gerakan President)

2. PM’s Department Religious Affairs
Senator Datuk Jamil Khir Baharom

3. Women, Family and Community Development
Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
(Umno Wanita Chief)

4. Finance Minister II
Datuk Ahmad Husni Hanadziah (Promoted)

5. Housing and Local Government
Datuk Kong Cho Ha (Promoted)
(MCA Vice President)

6. Federal Territories
Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
(Lembah Pantai Umno Division)

7. Foreign Affairs
Datuk Anifah Aman

Former Cabinet
1. Datuk Seri Syed Hamid Albar (Home)
2. Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Works)
3. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Federal Territories)
4. Datuk Seri Azalina Othman Said (Tourism)
5. Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Rural and Regional Development)
6. Senator Datuk Amirsham Abdul Aziz (Prime Minister’s Department)
7. Datuk Shahrir Abdul Samad (Domestic Trade and Consumer Affairs)-Resigned
8. Datuk Seri Ong Ka Chuan (Housing and Local Government)

Summary

New Cabinet
1. 29 Ministers and 25 Ministries
2. 7 new faces
3. Eliminate 2 ministries which are Entrepreneur & Co-operative Development and Energy, Water and Communications
4. Introduce new ministry which is Energy, Green Technology and Water

Former Cabinet
1. 32 Ministers and 27 Ministries
2. 8 ministers were dropped

Source: Star

Friday, April 10, 2009

Banyak Kesangsian dalam Kabinet Najib

Mat Zain Mat Isa
Thu | Apr 09, 09 | 6:51:21 pm MYT



ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, petang tadi.

Pertama, semacam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri.

Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Najib memilih sepupunya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin?

Kedua, Najib tidak dapat mengelak daripada melantik pemimpin yang sudah ditolak rakyat. Ia bagaikan mengulangi tabiat Abdullah yang sebelum ini dikritik dan dikecam pelbagai pihak.

Dalam ucapannya sebelum mengisytiharkan Kabinet baru itu, Najib mengungkapkan slogan "Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Kesangsian segera muncul tatkala orang disenaraikannya termasuk mereka yang telah ditolak rakyat dalam pilihan raya. Justeru, 'rakyat' manakah yang didahulukan Najib?

Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Apakah ini menggambarkan pengakuan bahawa dari lebih 100 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih ada, tidak ada yang mempunyai wibawa dan keupayaan untuk mengisi jawatan Kabinet, sehingga memaksa dilantik mereka yang bukan Ahli Parlimen?

Najib turut melantik pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti, sekaligus membelakangkan mereka yang dipersetujui ahli-ahli akar umbi parti mereka sendiri. Mereka ialah Dato' Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan) dan Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Ketiga, tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Mahathir. Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya?

Kita tahu betapa besar peranan dimainkan Mahathir dalam mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Najib dalam parti dan kerajaan. Mahathirlah orang utama yang bertanggungjawab 'memanaskan punggung' Abdullah, sehingga terpaksa melepaskan jawatan lebih awal dari yang dirancangnya.

Keempat, ketiadaan nama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mengundang pelbagai andaian. Selain sama taraf dengan naib presiden dalam parti, Khairy juga ada tiket selaku Ahli Parlimen Rembau.

Ketiadaan namanya dalam senarai Kabinet dikaitkan dengan penyiasatan semula Lembaga Disiplin Umno berkaitan amalan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Desas-desus bertiup kencang kononnya Khairy bakal berhadapan tindakan tegas partinya, termasuk kehilangan jawatan yang baru dimenanginya itu.

Andaian itu bagai disahkan apabila Najib tidak menyenaraikan Khairy. Najib dikatakan tidak mahu mengambil risiko menyenaraikan orang yang sedang disiasat. Mana tahu silap haribulan akan berulang peristiwa seorang menteri terpaksa melepaskan jawatan kerana bersalah atas dakwaan politik wang. Maka bagi mengelakkan Kabinetnya tercemar, Najib dikatakan siang-siang lagi enggan menyenaraikan Khairy.

Namun ada juga yang menilainya sebagai bertepatan dengan hasrat Najib membersihkan Kabinetnya dari bayangan Abdullah. Jika nilaian itu benar, bermakna Khairy adalah mangsa keadaan hanya semata-mata dia adalah menantu bekas Perdana Menteri itu.

Sumber: HarakahDaily.Net

Thursday, April 2, 2009

Anda pembaca Al-Quran??


Rasullullah S.A.W bersabda :


"Allah Yang Maha Kuasa mendengar dengan penuh minat kepada suara pembaca Al Quran lebih daripada seorang tuan yang mendengar suara hamba perempuan yang menyanyi"

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadilah Seorang Yang Pemaaf

Rasullullah S.A.W bersabda :


"Tidak akan berkurang harta kekayaan sebab disedekahkan dan Allah tidak menambah pada seseorang yang memaafkan selain KEMULIAAN. Tidaklah seseorang yang merendahkan diri kerana Allah, kecuali Allah akan menaikkan darjatnya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Monday, March 16, 2009

Terasa Kehilangan Seorang Sahabat



assalamualaikum~

"ku keseorangan, terasa kehilangan"
Ayat di atas buatkan ana tiba2 nak update blog yang dh lame ana x update..
Dalam perjuangan ini, apa yang ana dapat belajar adalah sahabat2 sebenarnya yang memberi kekuatan kepada kita..

(PERINGATAN:Kekuatan dari ALLAH adalah kekuatan yang UTAMA)

sahabat2lah yang membuatkan kita kuat..
sahabat2lah yang membuatkan kita masih lagi berada di jalan ini..
Alangkah beruntungnya ana mendapat shbt2 yang sgt menyayangi ana..
Tapi kita kena ingat, suatu hari nanti shbt2 kita akan pergi juga..
Samada pergi menghadap Ilahi,menamatkan zaman bujang,melanjutkan pelajaran, atau pergi ke tempat yang jauh dari kita..
Tapi itu tak bermakna yang kita akan lemah tanpa shbt2..
Perjuangan harus diteruskan..

Ana pernah terasa kehilangan seorang shbt..
Sedih sangat sebab tak menjaga ukhwah yang telah lama terbina..
Tapi alhamdulillah, ana mendapat shbt baru yang mengajar ana banyak perkara..
Kita biasa dengar "Setiap pertemuan mesti ada perpisahan"
Dan harapnya pertemuan itu adalah kerana Allah dan perpisahan itu jaga adalah kerana Allah..
Semoga persahabatan yang terjalin kerana ALLAH ini berkekalan..
Insya Allah..

"Bismillahirrahmanirrahim"

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu untuk memikul beban dakwahMu, hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya, penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, hidup suburkan hati2 ini dengan makrifat tentangMu, jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu, Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.Amin Yarabbal 'Alamin"

Friday, November 21, 2008

Di sisi mujahid, ada mujahidah..

By: Seruan



Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepadaku hambaMu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan…bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..


“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]


Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya..yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakan penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dari perjuangannya!! Ya Allah, akukah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yang dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..


“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]


Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini...Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dengan cintanya kepada yang lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat dicintai mungkin akan gugur di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakan setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…


Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]


Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkan si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu kuraih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

Wednesday, November 12, 2008

Bidadari

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkanlah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerana Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerana Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Saturday, November 8, 2008

Duhai Bunda

Bagai kerdipan lilin yang berkilau bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Friday, November 7, 2008

Rasai Kehebatan Tuhan


Bila engkau lihat rumah orang besar
Dengan taman-taman bunganya yang indah
Keretanya yang besar menjalar dengan megah

Terus menerpa ke dalam fikiranmu
Dan terus terasa di jiwamu
Meluncur ke mulutmu
Hebatnya tuan yang empunya

Tapi aku heran denganmu,
Engkau tak terasa kehebatan Tuhan
Padahal Tuhan miliki lebih dari itu
Nasib manusia Tuhan yang menentukan

Dia miliki langit, bumi dan seluruhnya
Dunia dan akhirat Dia yang punya
Manusia dan seluruh makhluk diciptaNya
Malam dan siang Tuhan yang mentabirnya

Setiap saat engkau melihatNya
Engkau tidak terasa apa-apa
Engkau pandang bersahaja
Engkau tak terasa maha agungnya
Yang empunya

Tidak engkau kagum dengan Tuhan Pencipta
Mujur rumah besar itu orang yang punya
Kalau engkau yang punya
Tentu engkau kagum dengan diri engkau pula