Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." Surah Luqman:12

Monday, April 5, 2010

"Maafkan ana. Sesungguhnya ana dikuasai amarah tadi."


"Maafkan ana. Sesungguhnya ana dikuasai amarah tadi."

Bersorak gembira syaitan dan kuncu-kuncunya tatkala berlaku pertengkaran di antara anak Adam. Berjaya besar mereka dengan hasutan dan bisikan-bisikan yang menyebabkan berlakunya perselisihan antara anak Adam yang telah dijanjinya dengan ALLAH akan dikacau ketenteraman mereka di dunia ini.

Dan menangis syaitan dan kuncu-kuncunya sebaik sahaja anak Adam sedar akan kesalahannya kerana tidak dapat mengawal amarah, beristigfar, memaafkan antara satu sama lain dan terus menjalinkan ukhuwwah atas dasar meraih keredhaanNya.


Ya ALLAH,
Jauhkanlah kami dari bisikan syaitan,
bisikan yang tidak disedari oleh telinga ini,
bisikan yang hanya menguntungkan mereka
dan melemahkan serta menghancurkan ukhwwah kami,
Lindungilah kami dari hasutan syaitan dan kuncu-kuncunya..

Tuesday, March 16, 2010

A Song for Mama

Her drawing will always be with me


"T.A.K.E.C.A.R.E.dear" said Mama.

Dear Mama,

Where are you right now ma?
Is there something that I do not know?
..................speechless................................


A Song For Mama

You taught me everything
And everything you've given me
I always keep it inside
You're the driving force in my life

There isn't anything
Or anyone I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side

You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You'll always be you always will be the girl
In my life for all times

Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Loving you is like food to my soul

You're always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did

And you took up for me
When everyone was downing me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You'll always be
You will always be the girl in my life



I.M.I.S.S.Y.O.U.M.A.M.A


[Allah the Almighty, please do take good care of my mama.]


The one who so very much miss her mama,
d.e.a.r.

Sunday, March 14, 2010

Kenapa Perlu Takut?

Irdina. Anugerah Sakinah.


Kenapa perlu takut?
Jika persahabatan itu semata-mata meraih redhaNya
Pasti ada kesudahan yang baik untuk disyukuri kelak

Kenapa perlu sedih?
Jika persahabatan itu semata-mata meraih kasih sayangNya
Pasti ada kesudahan yang bahagia untuk dinikmati kelak

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati
Tetapkanlah hati kami dalam agamaMu ini
Tetapkanlah hati kami dalam perjuangan ini
Rahmati dan redhailah persahabatan ini
Amin..


FF. Friendship Fillah

Fazrena
Isma
Asma
Hanisah
Hasunah
Salliana
Sakinah



Saturday, March 13, 2010

Antara Dua Hati


Tok. Tok. Tok. "Assalamualaikum." Pintu bilikku diketuk beserta ucapan salam kedengaran. Aku dan 'Nti' segera menjawab salam tersebut. Lama juga aku menunggu 'tetamu' itu untuk masuk.. Dan akhirnya, 'You' rupanya.

Aku mula berbual dengan 'You' yang sudah lama tidak ku jumpa wajah manis itu. Permulaan perbualan agak kekok mungkin sebab lama tidak berjumpa. Walau bagaimanapun kemesraan tidak sedikit berkurang. Tetapi ada satu rasa, rasa yang sukar diungkap. Perasaan berada bersama Nti dan You pada masa yang sama, membuatkan aku berasa kekok.

Alangkah sukarnya untuk menjaga hati. Hati yang kedua-duanya aku sayang. Perlukah untuk menjaga hati? Kalau kedua-duanya menerima kasih sayang yang sama mungkin tidak akan ada rasa ganjil ini. Ya Allah, alangkah sukarnya berlaku adil. Maaf ku pinta kepada You di atas kekhilafan diri ini mengabaikan hubungan manusia yang telah lama terbina.

Kehadiran mereka dalam hidupku banyak membahagiakan hati ini Ya Allah. Syukur atas nikmat kasih dan sayang ini. Ya Allah, semoga kasihku kepada 'Nti' dan 'You' mendapat keredhaanMu Ya Allah. Amin..

Nti

You

FF. Friendship Fillah

Friday, March 12, 2010

Aku Terima Nikahnya 2


Insya Allah. Masih lagi sekitar mood "Aku Terima Nikahnya." Diizinkan Allah, kebanyakkan tua2'e berkesempatan menyertai forum tadi. Apa yang membuatkan saya tersenyum sendiri apabila term2 yang biasa berlegar di kalangan 'kami' kedengaran. Antara term2 itu adalah mawar berduri, mahar yang mahal, jatuh l_ _ _ k _ _ _, kalut, dll.

Kadang-kadang susah untuk mengingati sesuatu yang biasa, tetapi mudah untuk mengingati sesuatu yang biasa yang berunsur luar biasa. Moga Allah permudahkan urusan sahabat-sahabatku dalam meraih cintaNya.

FF. Friendship Fillah

Aku Terima Nikahnya 1



"Dan di antara tanda kekuasannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas." (Ar-Rum:21)

Alhamdulillah. Berakhir sudah Forum TM HEWI bertajuk "Aku Terima Nikahnya". Perkongsian yang menarik dari Ustazah Naemah. Saya ingin berkongsi sesuatu yang pada pendapat saya sedikit sebanyak dapat membantu pemahaman sahabat2 berkenaan perkahwinan.

Pertamanya,

Tujuan perkahwinan:

1. Mendaulatkan kalimah Allah
2. Institusi pembina tamadun manusia
3. Menjaga kehormatan diri
4. Menananamkan semangat tanggungjawab

Keduanya,

Kriteria Calon Isteri:

1. Teguh pegangan AGAMAnya
2. Berakhlak mulia
3. Baik/ manis muka
4. Tidak tinggi harga MAHAR dan perbelanjaan kahwin
5. Boleh melahirkan zuriat
6. Gadis
7. Keturunan yang baik/ soleh
8. Bukan dari kerabat yang hampir

Atau kriteria seorang isteri itu boleh dinilai berdasarkan,

Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini, kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi,

“Sebaik-baik maskahwin itu adalah yang paling senang atau paling rendah” (Riwayat Abu Daud)

P/s: Buat diri sendiri dan mereka2 yang ingin berumah tangga, janganlah terlalu mahal hantarannya sehingga mendatangkan mudarat kepada pihak2 tertentu.

Gambar sekadar hiasan

Friday, March 5, 2010

Dekat


Andai kau tahu betapa hati ini terluka
Luka yang tidak pernah ku rasai
Mencuba untuk menghadapinya
Tapi diri terlalu lemah untuk berdepan dengannya
Diri yang kononnya merasa kuat tetapi lemah

Aku tidak bermaksud untuk menyakitimu
Aku tidak mahu kau bersedih di atas kesedihanku
Aku perlukan masa untuk itu
Untuk berani berdepan dengan ketakutan
Ketakutan untuk meluahkan isi hati

Aku tidak mahu menjadi seperti rumah
Yang pintunya tidak pernah dibuka untuk sesiapa
Aku mahu menjadi rumah yang sentiasa dibuka
Dibuka pintunya untuk menerima kehadiran
Kehadiran seseorang yang tidak dapat dinafikan ketulusan hatinya
Hatinya yang penuh dengan kasih sayang
Yang hati itu akan sakit jika kasih dan sayangnya tidak diberi kepada orang yang disayanginya

Hati ini hanya untuk mereka yang hatinya penuh dengan kasih sayang
Bukan untuk hati yang penuh dengan hasad dengki
Yang tidak tahu makna kasih
Yang tidak tahu makna sayang


Sesungguhnya aku baru sahaja melepasi satu tembok
Yang sangat sukar untuk dilepasi
Yang didepannya menanti tembok-tembok yang banyak
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi tembok-tembok itu
Dan aku mahu melepasi tembok-tembok itu bersamamu
Semoga semua ini mendapat redhaNya

FF. Friendship Fillah

Pautan berkaitan: Jauh

Wednesday, February 24, 2010

Kisah Aafia Siddiqui - Prisoner No. 650


Gambar di atas ialah seorang wanita Pakistan yang mempunyai kelulusan PhD. di dalam bidang neurology daripada Universiti Harvard. Juga, seorang hafizah al-Quran. Sebagai pengenalan ringkas, beliau telah diculik bersama dengan 3 orang anak-anaknya oleh FBI Amerika daripada tempat tinggalnya di Karachi (dengan bantuan kerajaan Pakistan) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Sekarang beliau berada di penjara di Amerika, dan telah hilang ingatan berikutan seksaan fizikal, psikologi dan seksual yang berterusan ke atas dirinya (dia dipenjarakan bersama banduan-banduan lelaki).

Mengikut sumber lain pula, iaitu daripada laman web Wikipedia, sebelum misteri kehilangannya bermula, beliau bekerja di Universiti Aga Khan sebagai seorang neuroscientist. Pada 1 Mac 2003, Khalid Sheikh Muhammad, suspek ketua perancangan peristiwa 11 September telah ditahan di Rawalpindi, Pakistan. Dikatakan bermula daripada penahanan inilah, nama Aafia adalah salah seorang yang telah disebut oleh Khalid (Khalid dikatakan mungkin menyebut secara rambang, kerana tidak tahan diseksa), yang membawa kepada siri penahanan seterusnya, termasuklah Aafia sendiri. Pada hari yang sama, Aafia telah menghantar emel kepada salah seorang professor di Universiti Brandeis dan menyatakan minatnya untuk bekerja di Amerika, kerana kekurangan peluang kerja di Pakistan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa hari kemudian, Aafia didapati telah hilang setelah dilihat meninggalkan rumah ibubapanya bersama dengan 3 orang anaknya. Aafia telah mengambil teksi untuk menaiki penerbangan ke Islamabad, di mana dia merancang untuk melawat pakciknya. Berbagai andaian telah timbul bagaimana misteri kehilangan Aafia bermula daripada perisitwa ini, dan apa yang terjadi padanya sejak itu (2003) sehinggalah 2008. FBI Amerika dan kerajaan Pakistan pula berterusan menafikan mengetahui mengenai kehilangannya ini.

5 tahun selepas misteri kehilangannya ini berlaku, akhirnya FBI Amerika mengaku bahawa Aafia masih hidup dan berada di dalam tahanan pihak Amerika di sebuah penjara di Afghanistan. Menurut sumber kerajaan Amerika, Aafia dikatakan hanya ditahan pada Julai 2008 oleh tentera Amerika di Ghazni, Afghanistan atas tuduhan cuba menjadi pengebom berani mati dan dikatakan memiliki bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Aafia telah didakwa di Mahkamah Daerah New York, atas tuduhan menyerang, cubaan membunuh warga Amerika, dan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

Perbicaraan atas tuduhan pertama (menyerang dan cubaan membunuh) telah bermula pada Selasa, 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan. Walaupun bukti-bukti yang ada menunjukkan kelemahan pada tuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa (ketiadaan peluru, atau sisa-sisanya, dan tiada kesan tembakan di tempat kejadian), namun Aafia telah disabitkan dengan tuduhan tersebut pada 3 Februari 2010 dan perlu menunggu keputusan pada May 2010 untuk mengetahui nasibnya yang sedang berhadapan dengan hukuman 60 tahun penjara.

Begitulah antara kisah yang menimpa umat Islam kita pada hari ini. Apa yang termampu dilakukan oleh kita, perlu dilakukan, seperti berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengasihani, semoga Aafia dapat menikmati kembali erti kebebasan di dalam hidup. Amin…


Sumber: Nisa' Terengganu

http://nisaterengganu.blogspot.com/2010/02/kisah-aafia-siddiqui-prisoner-no-650.html#comment-form

Lain-lain link berkenaan dengan Dr. Aafia Siddiqui:

http://www.draafia.org/
http://en.wikipedia.org/wiki/Aafia_Siddiqui


Friday, February 19, 2010

Air mata. Air mata. Air mata.



Air mata dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Nikmat perasaan dan air mata tidak dapat dinilaiertikan anugerah itu. Syukur pada Ilahi atas nikmatNya. Untuk entri kali ini ingin aku berkongsi pengalaman yang masih lagi segar dalam ingatan ini. Kejadian berlaku seawal pagi apabila aku bersama seorang sahabat bersarapan di sebuah restoran di Taman Universiti. Restoran yang biasa menjadi tempat pelajar UTM menikmati nikmat makan dan minum.

Kisah bermula apabila ada satu keluarga memasuki restoran tersebut seperti orang lain juga untuk mengisi perut dengan makanan. Kelihatan sepasang suami isteri dan  seorang anak gadis. Berdasarkan pemerhatianku, anak gadis itu mungkin cucu kepada pasangan suami isteri berkenaan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan anak gadis itu. Aku dapat baca gerak gerinya. Wajahnya kelihatan suram. Aku dapat melihat air matanya mencucuri pipi. Wahai anak gadis, air mata apakah itu? Gayanya bukan air mata gembira. Di tangannya ada handphone yang mungkin dari situ dia menerima berita sedih.  

Dalam keadaan itu nendanya menawarkan makanan yang asal tujuan mereka ke sana adalah untuk menikmati nikmat dunia. Tapi dia menolak untuk makan. Sayu hati melihatnya. Anak gadis yang lengkap berjilbab, yang terjaga auratnya. Menitiskan air mata yang pasti benar sedih hatinya itu. Nikmat yang mungkin tidak semua orang dapat. Nikmat air mata untuk melahirkan rasa. Tidak kira sama ada air mata gembira, sedih, bersyukur dan lain-lain. Moga air mata itu air mata kerana rabbnya, Allah. Bukan air mata kerana manusia.

 

Wahai anak gadis, 

La tahzan,

janganlah bersedih,

hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan,

yang diberikan Allah kepadamu bukan untuk membuatmu bersedih atau putus asa,

tetapi Allah mahu kamu berfikir di sebalik ujian itu, ada sesuatu yang dia mahu kamu fahami,

andai ujian itu melemahkan hatimu, ingatlah dalam surah Al-Baqarah ayat 214 Allah berfirman,

"Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang dengan berbagai cubaan sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." 


Wahai anak gadis, 

Sesunguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang,  

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah: 216

yakinlah dengan Allah, 

hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik untukmu.


Jadilah wanita yang membela Islam di mana sahaja kamu berada. 

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." At-Taubah:111 


Janganlah kamu terasa asing,

Sabda Rasullullah S.A.W. menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa: "Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongan ghuraba' (asing).

Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda, "Siapakah golongan ghuraba' ya Rasullullah?" Baginda bersabda, "Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia."


Teruskan hidupmu walau apa pun badai mendatang, 

Berpegang teguhlah dengan Islam berdasarkan Al- Quran dan As-sunnah,

"Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk DIUNGGULKAN atas segala agama walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai."At-Taubah:33


Dunia ini hanya persinggahan, yang dalamnya banyak ujian-ujian keduniaan yang melalaikan, 

Dunia ini adalahlah jambatan ke akhirat,

Dunia ini adalah ladang tempat untuk engkau menabur benih yang nikmatnya akan kau rasa di akhirat kelak.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.

Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)

Jauhilah penyakit wahan, 

Penyakit yang hanya dirasakan nikmatnya di dunia,

tetapi siksanya di akhirat.

Moga kau menjadi anak gadis yang berjaya di dunia dan akhirat.

Amin..


Tuesday, February 9, 2010

Tour De Tahfiz Concert


~MARI BERHIBUR SAMBIL BERAMAL~

Konsert ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pembinaan SEKOLAH TAHFIZ BAYU SYAHADAH di Ranau, Sabah iaitu tempat kelahiran Ustaz Nazrey Johani. Beliau merupakan pengerusi projek pembinaan sekolah tahfiz ini. Bagi maklumat lanjut sila layari :
http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com/

Pembelian tiket adalah termasuk sumbangan yang akan dikumpulkan bagi projek ini. Warga luar kampus turut dijemput hadir.

Bagi pembelian tiket, anda boleh membuat tempahan melalui ~Hidayah @ Saiful Amri.
InsyaAllah tiket konsert amal ini juga boleh dibeli di booth2 yg akan dibuka bermula 23 februari 2010.
Lokasi booth adalah di hdpn PSZ, SUB dan di ARKED MERANTI. Syukran!

~MARI MELABUR BAGI MENDAPAT SAHAM DALAM KEHIDUPAN DI AKHIRAT KELAK~