Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." Surah Luqman:12

Tuesday, March 15, 2011

Dah suka! Nak buat macam mana?

Assalamualaikum.

"Nak jugak rasa caldina orang tu!" senior tech.

"Tak nakla beli caldina, takut saya berlagak nanti." kataku sambil tersenyum.

Siapa yang biasa dengan saya mungkin dah bosan bila saya bercakap tentang caldina.

"Caldina. Caldina. Caldina. Erm.. Bosan~"

"Caldina lagi, takde kereta lain ke?" 


Kepada Encik/ Puan/ Cik:
Saya minta maaf sangat.
Saya memang suka caldina!!
Dah suka! Nak buat macam mana?

Saya tak tahu nak explain macam mana.
Kalau agak-agak dah tak tahan,
harap-harap sanggup juga la ye melayan karenah saya.. =)

Tak tahulah apa yang cantik sangat caldina tu mungkin,

1 Lampu belakangnya yang garang

2 Bentuknya yang lowered


Ramai jugak yang tidak bersetuju dengan saya kalau benar saya nak memiliki caldina disebabkan

1 Kereta recon

2 Harganya yang tersangat mahal dan tak berbaloi
(kalau compare dengan kereta lain mungkin boleh dapat mpv)




Tapi saya memang dah suka. Tak boleh buat apa.
(Itu je la alasan yang saya selalu guna ;p)

Tapi kadang-kadang takut untuk bermewah-mewah,
takut timbul perasaan riak/ sombong dan segala perasaan yang tak baik.
Mungkin tak perasan semua tu,
tapi kalau dah dapat,
Boleh fikir sendiri kot..

Jom sama-sama doa..
Jika Allah beri kesenangan/ kemewahan dunia kepada kita,
Moga kita tidak lalai/ leka,
Amin..

Kadang-kadang cukuplah untuk melihat sesuatu yang cantik tanpa memilikinya.
(suka sangat phrase ni)

Apa pun, kepada semua pemilik caldina dan yang bercita-cita untuk memiliki caldina,
Tahniah!
Selamat memiliki caldina yang cantik tu!~
Dan semoga kereta tu dapat menyumbang untuk Islam.



=D

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku bukan langkah bijak, kata MCLM

The Malaysian Insider – Thu, Mar 10, 2011 12:21 PM MYT
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) menyifatkan keputusan kerajaan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku kepada golongan muda berpendapatan bawah RM3,000 sebagai keputusan baik tetapi “tidak bijak.”

Ini kerana, jelas salah seorang ahli MCLM Haslinah Yacob, Malaysia kini berhadapan dengan krisis perumahan dan sektor hartanah juga melambung naik dengan mendadak.

“Malangnya harga hartanah terlalu tinggi, rumah-rumah yang sesuai tidak dapat dibeli oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ya, mereka yang terkena kesan yang besar adalah golongan muda yang mencari pelabur untuk membayar dahulu rumah pertama mereka.

“Bagaimanapun, menawarkan golongan muda untuk ‘membeli’ rumah tanpa bayaran pendahuluan bukan satu jalan penyelesaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika pengumuman Skim Rumah Pertamaku kelmarin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di bawah skim itu kerajaan melalui Cagamas Bhd akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman seratus peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

Jelas Najib, skim itu dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

Tegas Haslinah, langkah kerajaan itu juga akan menyebabkan pembeli terpaksa berhadapan dengan bayaran semula yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi atau peningkatan harga hartanah.

“Adakah jumlah ini akan menjadi satu bentuk pinjaman atau pemberian kepada pembeli? Jika ia wang pendahuluan, adakah pembeli masih perlu membayar kembali wang itu pada satu tarikh yang ditetapkan ataupun termasuk dalam ansuran bulanan. Jika ya, dari mana wang pendahuluan untuk skim ini datang jika tidak dari Perbendaharaan Nasional? Adakah caruman pembayar cukai boleh digunakan untuk graduan pembeli rumah?

“Membeli rumah tanpa mana-mana bayaran pendahuluan bererti pembeli mempunyai sifar ekuiti. Sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi atau lonjakan harga hartanah ia akan menyebabkan pembeli membayar melebihi nilai rumah itu.

“Mendapat pembiayaan 100 peratus tidak bermakna pembeli tidak perlu menanggung kos, mereka juga perlu membayar kos lain yang mungkin agak membebankan bagi individu yang berpendapatan rendah... mereka juga sudah tentu dikehendaki membeli insurans gadai janji untuk mendapat pelindungan bank yang sepatutnya dicari untuk mendapatkan pinjaman, kos ini akan ditambah dalam pinjaman tersebut,” katanya.

Kata bakal calon MCLM bagi pilihan raya umum ke-13 itu, banyak persoalan yang timbul ekoran pelaksanaan Skim Rumah Pertamaku yang mungkin akan menyebabkan pembeli terpaksa menanggung hutang seumur hidup.

“Akhirnya, kita perlu bertanya pada diri sendiri, berapa ramai yang berpendapatan bawah RM3,000 mampu membayar semula setiap bulan? Adalah Skim Rumah Pertamaku ini akan mewujudkan generasi yang akan dibebani hutang seumur hidup yang mana mereka tidak mampu membayarnya?

“Mungkin Najib, Cagamas dan bank-bank lain yang terlibat boleh bekerjasama untuk membentuk skim simpanan pemilikan rumah dan membantu rakyat jadi mereka mempunyai cukup wang untuk membayar wang pendahuluan ketika kedudukan kewangan mereka cukup untuk membuat pinjaman,” kata Haslinah.

Source: http://my.news.yahoo.com/skim-rumah-pertamaku-bukan-langkah-bijak-kata-mclm-20110309-202131-087.html

Wednesday, March 2, 2011

Saya MC Harini

Assalamualaikum.

Sakit itu nikmat~

Saya MC harini.
Dari hari Sabtu, Ahad, Isnin migraine,
Ubat pulak habis.


 Isnin, pagi
Jumpa Dr. H***,
Hasilnya dapatla  3 jenis ubat,
termasuklah ubat migraine.

Selasa, tengahari
Selepas makan ubat migraine, ubat saraf dan tahan sakit,
akhirnya rasa macam nak pengsan, 
kepala rasa berat, pusing semacam,
dan lunch time haritu saya gunakan untuk tidur,
mulanya memang susah nak tidur,
tapi alhamdulillah dapat juga tidur walaupun sekejap.

Rabu, pagi
Kepala rasa pusing, tekak dah mula merah,
dan mengambil keputusan untuk ke klinik.
Dr. yang sedang bertugas, Dr.Z.
Saya ceritakan masalah dari Sabtu sampai yang paling latest, pagi tadi.

Dr. Z: Dr. ni asyik bagi ubat je, 
saya ambil darah sikit harini ye..
Saya: Okay Dr.
Dr.Z: Orang selalu salah tafsirkan migraine, tapi takpe, 
kita tengok keputusan darah nanti.
(Sambil mengambil darah)
Saya: That's scary.

Dr. Z: Darah awak ni pekat sangatla, not really good.
Saya: Really? Any assumptions?
Dr. Z: Takpe, kita tengok result nanti ye.. 
Ni bottle, bolehkan? 
(Urine test?)

Now
Worried.

Allah, moga keputusan darah itu keputusan yang menggembirakan.
Amin~

Tuesday, March 1, 2011

Tersenyum Bahagia untuk Aina Nadiah 2

Assalamualaikum~

Semalam satu hari tak dapat jumpa Aina.
Busy sangatkah saya sampai tak sempat jumpa walaupun duduk serumah?
Hanya walker baru berwarna pink sahaja mengubat rindu dihati.
Nantikan gambar terbaru Aina bersama walkernya~

Ni gambar Aina bersama abangnya, Azib Hifzhan~

Monday, February 28, 2011

Tersenyum Bahagia untuk Aina Nadiah

Assalamualaikum.

Aina Nadiah.

Gambar yang ni pun kiut~

Aina Nadiah, anak saudara saya yang ke-5.
Aina ni terkenal dengan "suka tidur bersama saya".
Dan secara automatiknya saya mendapat gelaran suka tidur. Haih~
Takpela.. Yang penting dapat bersama si kecil yang kiut ni.. =D

Anak memang penyeri keluarga, walaupun kadang-kadang dia meragam, tapi
banyak kerenahnya yang pasti membuatkan anda tersenyum~ :)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

"Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih),
maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Riwayat Bukhari)

Moga Aina terus menjadi penyeri hidup mama dan ayah,
&
menjadi anak yang solehah.
Amin~  





Tuesday, February 22, 2011

Philips installs LED lights along 7km length of highway

17 Feb 2011
Philips has supplied 293 LED luminaires for a busy stretch of highway near Amsterdam. Meanwhile, Philips Lighting UK argues that switching-off street lights is a false economy, and modern technology such as LEDs and control systems offer a better option.

Motorists on one of the busiest stretches of motorway in the Netherlands are now able to benefit from an all-LED highway lighting project, which will be switched on at a ceremony on February 17th. Lighting manufacturer Philips, which supplied the LED luminaires, has described this as “the world’s first highway to be lit entirely by LED,” although participants in other projects around the world may disagree.

Philips – in collaboration with the Rijkswaterstaat (RWS, the Dutch highway authority), contractors Gebroeders Van der Lee and consultants Spectrum – has installed LED lighting along a 7km-length of the A44, one of the busy highways feeding commuters into and out of Amsterdam.

Amsterdam highway before LED installation


Amsterdam highway after LED installation


A spokesperson for Philips Lighting Netherlands told LEDs Magazine that a total of 293 luminaires have been installed along the highway. The pole height is 12m and the spacing is 56m.

For more, please click this link http://www.ledsmagazine.com/news/8/2/21

Monday, February 21, 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.



Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.
Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu. Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.
Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang saya rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman

Sementara itu, di KOTA BHARU,  Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.

Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Sumber:
Nazri Abdullah  
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30971%3Akenapa-bob-lokman-sertai-pas&catid=1%3Autama&Itemid=50

Monday, December 6, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."




DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."



Sumber: http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html

Friday, October 29, 2010

Teguhkanlah Ya ALLAH Ikatannya.

Doa Rabitah


Ya ALLAH,
ENGKAU mengetahui bahawa hati-hati ini berhimpun dalam cinta padaMU,
telah berjumpa dalam taat padaMU,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
telah berpadu dalam membela syari’atMU.


Teguhkanlah, ya ALLAH, ikatannya.
Teguhkanlah, ya ALLAH, ikatannya.
 Teguhkanlah, ya ALLAH, ikatannya. 
 

Kekalkanlah cinta kasihnya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan cahayaMU yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMU dan
keindahan bertawakkal kepadaMU.
Hidupkanlah hati ini dengan ma’rifat kepadaMU.


Matikanlah ia dalam syahid di jalanMU.

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah. Kabulkanlah.
Dan sampaikanlah kesejahteraan pada junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.



>>Moga ikatan itu terus teguh keranaNya. Amin Ya Rabb<< 


  
>> Lindungilah mereka Ya Rabb




>> Salam sayang dari ana
isma

Pautan dari: Ana Rindu!

Tuesday, October 26, 2010

Carilah Cinta




Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNya Yang Esa

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun janjiNya
Kepada hambaNya
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada Tuhanmu
Kerna Dialah cinta hakiki


By: Raihan