assalamualaikum~
"ku keseorangan, terasa kehilangan"
Ayat di atas buatkan ana tiba2 nak update blog yang dh lame ana x update..
Dalam perjuangan ini, apa yang ana dapat belajar adalah sahabat2 sebenarnya yang memberi kekuatan kepada kita..
(PERINGATAN:Kekuatan dari ALLAH adalah kekuatan yang UTAMA)
sahabat2lah yang membuatkan kita kuat..
sahabat2lah yang membuatkan kita masih lagi berada di jalan ini..
Alangkah beruntungnya ana mendapat shbt2 yang sgt menyayangi ana..
Tapi kita kena ingat, suatu hari nanti shbt2 kita akan pergi juga..
Samada pergi menghadap Ilahi,menamatkan zaman bujang,melanjutkan pelajaran, atau pergi ke tempat yang jauh dari kita..
Tapi itu tak bermakna yang kita akan lemah tanpa shbt2..
Perjuangan harus diteruskan..
Ana pernah terasa kehilangan seorang shbt..
Sedih sangat sebab tak menjaga ukhwah yang telah lama terbina..
Tapi alhamdulillah, ana mendapat shbt baru yang mengajar ana banyak perkara..
Kita biasa dengar "Setiap pertemuan mesti ada perpisahan"
Dan harapnya pertemuan itu adalah kerana Allah dan perpisahan itu jaga adalah kerana Allah..
Semoga persahabatan yang terjalin kerana ALLAH ini berkekalan..
Insya Allah..
"Bismillahirrahmanirrahim"
"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu untuk memikul beban dakwahMu, hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya, penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, hidup suburkan hati2 ini dengan makrifat tentangMu, jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu, Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.Amin Yarabbal 'Alamin"